MENDULANG EMAS SECARA HARAM

MENDULANG EMAS SECARA HARAM


Harian Metro: 25 /7/2010: KEGIATAN mendulang emas secara haram di Hutan Simpan Gunung Arong, Jamaluang, Mersing dan Johor dikatakan semakin berleluasa dan jika tidak dibendung atau diambil tindakan tegas sudah pasti akan menjejaskan alam sekitar di kawasan itu. Mereka tidak lagi menceroboh kawasan itu untuk mendulang, sebaliknya melombong kerana mampu meraih pendapat lumayan. Pencerobohan yang dilakukan pelombong haram itu memaksa Jabatan Perhutanan memperhebatkan pemantauan bagi mengelak kawasan itu terus diceroboh.

JOHOR BAHRU: Lebih lima lokasi di Hutan Simpan Gunung Arong, Jamaluang, Mersing dan Kluang, dikenal pasti menjadi sasaran pelombongan emas haram termasuk kakitangan kerajaan, sejak beberapa tahun lalu. Pencerobohan dilakukan bukan saja menyebabkan pihak berkuasa kerugian ratusan ribu ringgit khazanah berharga, malah hutan simpan mengalami kerosakan teruk. Ini kerana, pelombong haram itu menggunakan pam air untuk menembak tanah, sebelum menyedutnya semula bagi proses mengasingkan jenis tanah termasuk batu dan mengayak untuk mendapatkan emas.

“Berdasarkan pemerhatian, saya tidak menolak ia mungkin dilakukan golongan profesional yang arif mengenai keadaan hutan, kerana mereka bukan saja membuat lorong ‘tikus’ untuk melarikan diri, malah membuat perkhemahan di kawasan lain,” katanya.

Sesungguhnya Emas adalah logam berharga yang menjadi rebutan semua orang. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat menambah rezeki mereka sekeluarga.

Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga emas, pihak kami sedia melatih sehingga anda berjaya. Hubungi kami segera.T.Kasih.

Be Sociable, Share!

line
footer
Powered by WordPress | Designed by Elegant Themes